Resepi Popular Laksa Penang
Laksa penang sememangnya tidak asing lagi di Negara kita. Rata-rata masyarakat Malaysia pastinya sudah mencuba dan merasai sendiri keenakkan laksa penang. Bagi yang ingin mengetahui dan mencuba resepi ini, saya kongsikan resepi Laksa Penang.
Bahan-bahan untuk kuah laksa
6 ekor ikan sardin / kembong - bersihkan dan rebus
1/2 inci halia
5 ulas bwg merah
Sdkt belacan
4 s/b cili mesin - terpulang
3-4 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Garam, serbuk perasa
Air secukupnya
Bahan-bahan untuk ulam-ulaman
Timun - dihiris nipis
Salad
Bawang merah
Lada merah
Limau nipis / kasturi
Telur rebus
Cara Menyediakannya
1. Rebus ikan dan asingkan isi dan tulang, tulang ikan jangan dibuang - ada kegunaannya nanti.
2. Kemudian blender isi ikan, halia, bawang merah dan belacan bersama air.
3. Selepas itu, masukkan ke dlm periuk. Manakala tulang ikan di mesin bersama air rebusan hingga hancur dan ditapis masuk ke dalam periuk.
4. Akhir sekali, hiris halus bunga kantan dan masukkan ke dlm periuk bersama asam keping dan cili mesin- masak hingga mendidih dan masuk garam, serbuk perasa dan daun kesum.

Comments
Post a Comment