Cuba Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak


Resepi Ikan patin masak tempoyak  merupakan hidangan istimewa masyarakat melayu pahang. Patin Masak tempoyak kini menjadi salah satu hidangan yang popular dikalangan masyarakat pelbilang bangsa. 

Hidangan ini tidak memerlukan masa yang lama, cukup sekadar 25 minit..dan bahan untuk bahan-bahan ini amat mudah didapati. Ikan patin boleh didapati dipasar-pasar raya, berbanding dahulu..terpaksa turun kesungai untuk menangkapnya.

  
Bahan-bahan untuk masak ikan patin:
2 ekor ikan patin
250 ml santan
3 batang serai (ketuk)
4 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan dikisar: 
15 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 
10 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup

Cara menyediakan:

1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa.
2. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.
3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.
4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.
5. Kacau semula selama 10 minit kemudian tambahkan garam secukup rasa.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Gulai Daging Darat Kelantan

Resepi Dalca Tulang Kambing Youtuber terkenal

Resepi Ayam Goreng Berempah paling senang!